Saturday, March 24, 2012
Sunday, March 11, 2012
Friday, March 9, 2012
CARTOON IN INTERNET : SALARY RISE OF GOVERNMENT SERVANT 公务员加薪KENAIKAN GAJI PEJAWAT AWAM
Kenaikan gaji pejawat
awam yang bersifat “flip flop” sekali lagi
memperlihatkan BN begitu terdesak dengan apa cara sekali pun untuk
kesinambungannya menerajui negara tanpa menghirau akibat dari suntikan “feel
good factor” yang dibawanya kepada rakyat. Tiada ulasan yang menyentuh tentang perkara
ini , entah dikhuatiri tentangan daripada pejawat awam atau tangki para intelek
BN yang tidak terfikir tentang mudarat pada keseluruhannya. Ingin saya memetik
apa yang pernah diperkatakan saya dalam ruang ini, antaranya, nisbah pejawat
awam berbanding dengan populasi negara adalah tertinggi di antara negara lain di
dunia, ini adalah akibat angka pengangguran tinggi yang memaksa kerajaan
menyerap para graduan pada satu ketika, pendek
kata, ia adalah akibat daripada sumber manusia yang tidak terancang.
Apabila
kenaikan gaji pejawat awam yang tidak setanding dengan kenaikan gaji di pihak swasta,
jurang perbezaan gaji pejawat awam dan swasta begitu ketara. Seorang graduan baru berkelayakan profesional
seperti kejuruteraan yang menjawat di sektor
swasta dengan gaji permulaannya lebih rendah berbanding dengan seorang graduan baru
berkelayakan bukan profesional yang lumrahnya kelulusan kemasyarakatan dengan
gaji yang lebih tinggi, bayangkanlah apa yang akan berlaku? Maka cita-cita
seorang graduan baru adalah dengan apa cara sekali pun berebut untuk berkhimat
di sector awam di mana beban kerja yang senang dan kenaikan gaji yang tidak berlandaskan
kebolehan kerja. Mampukah kerajaan BN menampung bilangan graduan yang begitu
ramai?
Lantaran
itu, kerajaan BN memberi tekanan kepada pengusaha-pengusaha sektor swasta supaya mengadakan gaji minima
kepada pekerjanya. Dalam sektor swasta yang berdasarkan persaingan bebas, rela
mereka menaikan gaji tanpa paksaan sekira mereka mampu , takut kalau-kalau
pekerja mahirnya mengalir ke pihak lawannya yang sudi member gaji yang lebih
tinggi. Dengan perlaksanaan gaji minima yang lebih tinggi tanpa memikirkan
akibatnya tidak ubah seperti memyembelih angsa untuk mengeluarkan telur emasnya.
Dasar kenaikan gaji sektor swasta tanpa menyediakan suasana pelaburan dan
ekonomi yang lebih menguntungkan akan menyebabkan kos pengusahaan yang tinggi ,
dalam keadaan sebegini, pengusaha samada menghentikan perniagaannya atau
memindah ke negara lain yang lebih
menguntungkan mereka, apatah lagi dalam dunia tanpa batasan. Pelabur asing terus
(FDI) tidak lagi menganggap negara kita sebagai syurga untuk membina kilang di
sini. Impaknya, kadar pengangguran turut mencecah pada tahap yang lebih tinggi.
Keadaan pengaliran cendikiawan ke luar negara bertambah buruk lagi.
Bukannya kenaikan gaji datang bergolek tanpa pengorbanan rakyat.
Perbelanjaan kenaikan gaji tentunya diikuti dengan kenaikan cukai untuk
menampung defisit kerajaan BN. Sudah jatuh ditimpa tangga, para pengusaha terpaksa menanggung kos yang
lebih tinggi kenaikan cukai selain daripada gaji pekerja kepada pentadbiran awam yang kurang berkesan kerana
kenaikan gaji otomatik yang tidak sejajar dengan kebolehan mereka.
Harus
menjadi renungan kita bersama apa yang berlaku di Greek yang bilangan pejawat
awam yang begitu ramai, di mana tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku bila kerajaannya mengumumkan
pengurangan bilangan dan penurunan gaji pejawat awam dalam menghadapi kemelut
ekonomi untuk mengurangkan defisitnya yang menyebabkan negara nyaris muflis. Bayangkan apa yang akan
berlaku bila keadaan yang sama tercetus di negara kita yang majmuk?
Bukannya dengan sekadar kenaikan gaji pejawat awam dapat menjaminkan
kesinambungan riwayat sesuatu parti tanpa merujuk kepada isu yang lebih besar
seperti kronisma, rasuah, pengasingan kuasa yang sebenar , pentadbiran kerajaan
yang tidak belah bagi dan sebagainya. Kenaikan gaji pejawat awam bukan perkara
baru, ia pernah dilakukan oleh rejim Pak Lah sebelum pilihanraya diadakan
dengan kadar yang lebih tinggi, tetapi tumbangnya jua selepas pilihanraya umum
308.
Akhir
kata, rakyat tidak lagi diperbodoh, dipermainkan oleh isu-isu yang remeh-temeh
seperti perkauman dan ugama dan diumpan dengan pelbagai “feel good factor”
tanpa memikir mudaratnya bila memilih kerajaan yang mungkin membawa rakyat ke arah yang lebih sengsara dan nyaris muflis dengan membelanjakan dana rakyat dengan sewenang-wenangnya.
.
.
Sunday, March 4, 2012
Saturday, March 3, 2012
Friday, March 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)