Friday, March 9, 2012

CARTOON IN INTERNET : SALARY RISE OF GOVERNMENT SERVANT 公务员加薪KENAIKAN GAJI PEJAWAT AWAM





Kenaikan  gaji pejawat awam yang bersifat  “flip flop” sekali lagi memperlihatkan  BN begitu  terdesak dengan apa cara sekali pun untuk kesinambungannya menerajui negara tanpa menghirau akibat dari suntikan “feel good factor” yang dibawanya kepada rakyat. Tiada ulasan yang menyentuh tentang perkara ini , entah dikhuatiri tentangan daripada pejawat awam atau tangki para intelek BN yang tidak terfikir tentang mudarat pada keseluruhannya. Ingin saya memetik apa yang pernah diperkatakan saya dalam ruang ini, antaranya, nisbah pejawat awam berbanding dengan populasi negara adalah tertinggi di antara negara lain di dunia, ini adalah akibat angka pengangguran tinggi yang memaksa kerajaan menyerap para graduan pada satu ketika,  pendek kata, ia adalah akibat daripada sumber manusia yang tidak terancang.  
             Apabila kenaikan gaji pejawat awam yang tidak setanding dengan kenaikan gaji di pihak swasta, jurang perbezaan gaji pejawat awam dan swasta begitu ketara.  Seorang graduan baru berkelayakan profesional  seperti kejuruteraan yang menjawat di sektor swasta dengan gaji permulaannya lebih rendah berbanding dengan seorang graduan baru berkelayakan bukan profesional yang lumrahnya kelulusan kemasyarakatan dengan gaji yang lebih tinggi, bayangkanlah apa yang akan berlaku? Maka cita-cita seorang graduan baru adalah dengan apa cara sekali pun berebut untuk berkhimat di sector awam di mana beban kerja yang senang dan kenaikan gaji yang tidak berlandaskan kebolehan kerja. Mampukah kerajaan BN menampung bilangan graduan yang begitu ramai?
              Lantaran itu, kerajaan BN memberi  tekanan kepada  pengusaha-pengusaha  sektor swasta supaya mengadakan gaji minima kepada pekerjanya. Dalam sektor swasta yang berdasarkan persaingan bebas, rela mereka menaikan gaji tanpa paksaan sekira mereka mampu , takut kalau-kalau pekerja mahirnya mengalir ke pihak lawannya yang sudi member gaji yang lebih tinggi. Dengan perlaksanaan gaji minima yang lebih tinggi tanpa memikirkan akibatnya tidak ubah seperti memyembelih angsa untuk mengeluarkan telur emasnya. Dasar kenaikan gaji sektor swasta tanpa menyediakan suasana pelaburan dan ekonomi yang lebih menguntungkan akan menyebabkan kos pengusahaan yang tinggi , dalam keadaan sebegini, pengusaha samada menghentikan perniagaannya atau memindah ke negara  lain yang lebih menguntungkan mereka, apatah lagi dalam dunia tanpa batasan. Pelabur asing terus (FDI) tidak lagi menganggap negara kita sebagai syurga untuk membina kilang di sini. Impaknya, kadar pengangguran turut mencecah pada tahap yang lebih tinggi. Keadaan pengaliran cendikiawan ke luar negara bertambah buruk lagi.
               Bukannya kenaikan gaji datang bergolek tanpa pengorbanan rakyat. Perbelanjaan kenaikan gaji tentunya diikuti dengan kenaikan cukai untuk menampung defisit kerajaan BN. Sudah jatuh ditimpa tangga,  para pengusaha terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi kenaikan cukai selain daripada gaji pekerja kepada  pentadbiran awam yang kurang berkesan kerana kenaikan gaji otomatik yang tidak sejajar dengan kebolehan mereka.
                Harus menjadi renungan kita bersama apa yang berlaku di Greek yang bilangan pejawat awam yang begitu ramai, di mana tunjuk perasaan dan rusuhan  berlaku bila kerajaannya mengumumkan pengurangan bilangan dan penurunan gaji pejawat awam dalam menghadapi kemelut ekonomi untuk mengurangkan defisitnya yang menyebabkan  negara nyaris muflis. Bayangkan apa yang akan berlaku bila keadaan yang sama tercetus di negara kita yang  majmuk?
                Bukannya dengan sekadar kenaikan gaji pejawat awam dapat menjaminkan kesinambungan riwayat sesuatu parti tanpa merujuk kepada isu yang lebih besar seperti kronisma, rasuah, pengasingan kuasa yang sebenar , pentadbiran kerajaan yang tidak belah bagi dan sebagainya. Kenaikan gaji pejawat awam bukan perkara baru, ia pernah dilakukan oleh rejim Pak Lah sebelum pilihanraya diadakan dengan kadar yang lebih tinggi, tetapi tumbangnya jua selepas pilihanraya umum 308.
                 Akhir kata, rakyat tidak lagi diperbodoh, dipermainkan oleh isu-isu yang remeh-temeh seperti perkauman dan ugama dan diumpan dengan pelbagai “feel good factor” tanpa memikir mudaratnya bila memilih kerajaan yang mungkin membawa rakyat ke arah yang lebih sengsara dan nyaris muflis dengan membelanjakan dana rakyat dengan sewenang-wenangnya.
.

No comments:

Post a Comment