Wednesday, November 27, 2013

CARTOON ON THE INTERNET :EVOLUTION (27) 进化论(27) EVOLUSI(27)


Friday, November 15, 2013

CARTOON ON THE INTERNET :EVOLUTION (25) 进化论(25) EVOLUSI(25)


Tuesday, October 22, 2013

CARTOON ON THE INTERNET :EVOLUTION (23) 进化论(23) EVOLUSI(23)


Beberapa peristiwa yang berlaku berhubungkait dengan penggunaan tanah baru-baru ini memang menyentuh denyutan nadi dan menyingung perasaan rakyat yang berperihatin.

Perobohan kuih Hindu yang dikatakan berusia lebih daripada 100 tahun , SRJK (C) Chin Woo dikenakan sewa yang telah lama kewujudannya setelah bantahan sebahagian kawasannya digunakan untuk mendirikan "Restoran Warisan", penghapusan bangunan-bangunan yang dibina lebih daripada 100 tahun di Jalan Petaling  untuk membuka jalan bagi Rapid dan "Menara Warisan" di bawah Akta PengambilamTanah Wajib yang digubalkan BN satu masa dulu menonjolkan kewarasan kerajaan dalam pengambilan dan pengunaan tanah.

Menteri begitu angkuh bila menangani isu ini dengan suara lantang dan mencabar rakyat : " Ini adalah tanah saya! Kalau nak cabar tanah saya, saya akan bunuh dia!". Tanah siapa semua ini? Siapa itu kerajaan?

Kerajaan tidak lain daripada pemegang amanah atas segala harta termasuk tanah demi menjaga kepentingan dan kebaikan rakyat.

Maka rakyat sebagai pemegang saham bagi negara kita, berhak kita menampilkan persoalan, adakah semua ini dilakukan atas pertimbangan kepentingan dan kebaikan rakyat ataupun kebaikan dan kepentingan sesetengah pihak?

Dengan alasan apa sekali pun, tepuk dada tanyan selera tanpa mengambil kira isu perkauman, berbaloikah perobohan Kuil dan banguanan-baguanan di Jalan Petaling yang bersejarah yang wujud lebih daripada 100 tahun yang telah menjadi daya tarikan perlancungan yang bakal menjadi khazanah pusaka rakyat sejagat ini digantikan dengan bangunan moden mencecah langit kononnya dilabelkan sebagai  "Warisan"?

Adalah menjadi bahan kelakar sekolah rendah aliran Cina yang memang antara satunya sekolah dalam sistem pendidikan negara dikena sewaan tanah. Bukankah pemegang amanah harta rakyat harus mempergunakan tanah dengan sebaik-baiknya apatah lagi ia digunakan untuk pendidikan yang bakal mengeluarkan cerdikiawan dan bakat yang dapat menyumbangkan negara kelak, kecuali pemegang amanah kita inilah yang mengabaikan mereka.

Sunday, September 22, 2013

CARTOON IN INTERNET: EVOLUTION (4) 进化论(4) EVOLUSI(4)



Dengan pemergian bekas setiauasaha Partki Komunis Malaya (PKM) mendiang Chin Peng memerangsangkan pemikiran kita bagaimana reaksi pemimpin negara bila berdepan dengan sejarah.

Penjelajahan saya ke Kampung He Ping yang membawa maksud Kampung Aman di Betong sekali lagi membuka mata saya di mana matapelajaran sejarah yang dipelajari di sekolah memesong fakta yang sebenar di mana kami diberitahu PKM adalah penganas yang diterajui oleh orang Cina. Semenjak saya memijak langkah di Kampung Aman, disedari saya pada hal PKM adalah parti didominasikan oleh kaum Melayu dan memberi sumbangan dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Pemimpin negara, parti Melayu khasnya, berkeras agar mayat dan abu Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia sekali lagi menonjolkan mereka berpaksikan kepentingan politiknya sebagai pertimbangan yang mengatasi kepentingan negara, malah tidak menghirau tindak tanduk mereka akhirnya terjerumus dalam bahayanya kehilangan kewibawan kerajaan dengan memungkir janji yang dimeterai dengan PKM dalam perjanjian damai dan genjatan senjata yang ditandatangani pada 1989 di Hatyai.

Pihak berkuasa bertindak secara pilih bulu dengan membenarkan pemimpin PKM Melayu pulang ke Malaysia di mana halaman yang dimastautin mereka sejak kecil lagi, dan menolak permohonan Chin Peng malah untuk menziarahi kampung dan kubur arwah ibubapanya dengan berbagai-bagai alasan, sehingga beliau menghembus nafas terakhirnya dengan melafaz dengan sedihnya, " kerana saya bukan Melayu!"

Tindak tanduk pemimpin negara, pemimpin Melayu khasnya , yang kurang munasabah tersebut dipercayai didorong oleh niat untuk mempermainakan sentimen perkauman dan memanipulasikan emosi veteran dan mangsa tentera dan polis yang sebahagian besarnya pernah pada satu ketika menjadi upahan bekas penjajah British dan Jepun terkorban dalam pertelagahan dengan KPM, masing-masing mempertahankan kedaulatan dan memperjuangkan kemerdekaan.

Moga-moga episod untuk melenyapkan fakta sumbangan kaum lain dalam arus pembangunan tanahair tidak akan berjaya seperti mana yang pada hakikat tokoh peneroka dan pembangunan Kuala Lumpur Yap Ah Loy akhirnya jua akan diganti oleh Abdullah dalam matapelajaran wajib Sejarah kita.

Adakah pemimpin yang tidak setia pada fakta dan sejarah akan jujur apabila berhadapan dengan rakyat dan negara?

Sejarah tidak akan berbohong kecuali makhluk yang digelarkan manusia yang menterjelmanya akan.

CARTOON IN INTERNET: EVOLUTION (3) 进化论(3) EVOLUSI(3)


Saturday, January 19, 2013

CARTOON IN INTERNET : REAR A COW FOR THE SAKE OF A CUP OF MILK 为了一杯牛奶而養一头牛 MENTERNAK SEEKOR LEMBU KERANA SECAWAN SUSUNYA



为纪念马中友好40周年,马向中国租借一对熊貓。据称耗资钜大,结果异议纷沓。中国盛意拳拳,无可厚非;然而,正当国家外贷高企,不至于为了一杯牛奶而養一头牛。马大选将至,这无疑向华裔选民示好,剑在项羽。此举不只伤财劳民,也让一对可爱的奥运国宝,受舟车之苦,从四川到此远访,于心何忍?