Sunday, September 22, 2013

CARTOON IN INTERNET: EVOLUTION (4) 进化论(4) EVOLUSI(4)



Dengan pemergian bekas setiauasaha Partki Komunis Malaya (PKM) mendiang Chin Peng memerangsangkan pemikiran kita bagaimana reaksi pemimpin negara bila berdepan dengan sejarah.

Penjelajahan saya ke Kampung He Ping yang membawa maksud Kampung Aman di Betong sekali lagi membuka mata saya di mana matapelajaran sejarah yang dipelajari di sekolah memesong fakta yang sebenar di mana kami diberitahu PKM adalah penganas yang diterajui oleh orang Cina. Semenjak saya memijak langkah di Kampung Aman, disedari saya pada hal PKM adalah parti didominasikan oleh kaum Melayu dan memberi sumbangan dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Pemimpin negara, parti Melayu khasnya, berkeras agar mayat dan abu Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia sekali lagi menonjolkan mereka berpaksikan kepentingan politiknya sebagai pertimbangan yang mengatasi kepentingan negara, malah tidak menghirau tindak tanduk mereka akhirnya terjerumus dalam bahayanya kehilangan kewibawan kerajaan dengan memungkir janji yang dimeterai dengan PKM dalam perjanjian damai dan genjatan senjata yang ditandatangani pada 1989 di Hatyai.

Pihak berkuasa bertindak secara pilih bulu dengan membenarkan pemimpin PKM Melayu pulang ke Malaysia di mana halaman yang dimastautin mereka sejak kecil lagi, dan menolak permohonan Chin Peng malah untuk menziarahi kampung dan kubur arwah ibubapanya dengan berbagai-bagai alasan, sehingga beliau menghembus nafas terakhirnya dengan melafaz dengan sedihnya, " kerana saya bukan Melayu!"

Tindak tanduk pemimpin negara, pemimpin Melayu khasnya , yang kurang munasabah tersebut dipercayai didorong oleh niat untuk mempermainakan sentimen perkauman dan memanipulasikan emosi veteran dan mangsa tentera dan polis yang sebahagian besarnya pernah pada satu ketika menjadi upahan bekas penjajah British dan Jepun terkorban dalam pertelagahan dengan KPM, masing-masing mempertahankan kedaulatan dan memperjuangkan kemerdekaan.

Moga-moga episod untuk melenyapkan fakta sumbangan kaum lain dalam arus pembangunan tanahair tidak akan berjaya seperti mana yang pada hakikat tokoh peneroka dan pembangunan Kuala Lumpur Yap Ah Loy akhirnya jua akan diganti oleh Abdullah dalam matapelajaran wajib Sejarah kita.

Adakah pemimpin yang tidak setia pada fakta dan sejarah akan jujur apabila berhadapan dengan rakyat dan negara?

Sejarah tidak akan berbohong kecuali makhluk yang digelarkan manusia yang menterjelmanya akan.

No comments:

Post a Comment