Friday, March 4, 2011

CARTOON REVIEW: TAR COLLEGE (1)



This cartoon was published in Public News on 14/11/1984 depicted how TARCians queued up in early  morning before the reading room was opened in order to book the seat to make revision, I was one of them; as if the audients queueing desparately to buy the ticket to watch the movie by Jacky Chan . Those who are not in that position will not feel the pain. A day before, our Chinese deputy minister wondered the certificate issues by TAR College was widely recognised internationally, TAR College would has been qualified to be upgraded to university status. Do you know that this has been discusssed widely in 22 years ago? It would have been more than qualified to be upgraded to university status at that time. Issues have been raised up again and again before general election to gain support from the people but tends to forget thereafter. Attached are two copies of articles published in Nanyang Siang Pau in 1989 depicted my objection to upgrade TARC and MARA to university status with some valid reasons at that juncture, how the education system has been implemented and how TAR College and MARA were originated. Having talk a lot about disadvantages of  upgrading to university status, political agenda prevailed, not long after just before general election was announced, former prime minister at that time declared INSITITUTE TEKNOLOGY MARA(ITM) was upgraded to UNIVERSITY TEKNOLOGY MARA (UITM instead of UTM because the short form of UTM which stand for Universiti Teknologi Malaysia was taken, I suppose).Most of the TARCians are the "by products" and victims  who has  "no privilege" to enter local university because of the racial quota system which has sacrifing the quality of education,  they are catagery of people who cann't afford further study oversea and  "kick off" from local university eventhough thier result much better than other races. Those talented Chinese among talented community who are "lucky enough" to enter local university mostly end up in pure science and art subjects or none popular faculty. Eventually, we have produced most of the none marketable, racist minded, no confident, jobless and end up work in the government sector. Therefore, we are "proudly" on the top of the list among the highest ratio in the world in term of government servant against national population.

Kartun ini telah dipaparkan di Berita Awam pada 14/11/1984 menonjolkan pelajar TARC berbaris di hadapan bilik bacaan awal-awal siang sebelum ia dibuka bagi mendapatkan kerusi untuk membuat ulangkaji, saya salah seorang daripada mereka; bagaikan penonton2 berbaris dengan terdesak agar dapat membeli tiket untuk menonton tayangan wayang oleh Jacky Chan. Sesiapa yang bukan di keadaan sebegini tidak dapat terasa pedihnya. Sehari sebelum ini, timbalan menteri Cina kita meragukan sijil yang dikeluarkan oleh Kolej TAR yang diiktiraf dunia dengan luasnya, Kolej TAR seharusnya telah berkelayakan untuk dinaiktaraf ke kedudukan universiti. Tahukah anda, isu ini telah luas diperbincangkan 22 tahun yang lalu? Ia telah lebih daripada berlayak untuk dinaiktaraf  ke kedudukan universiti pada masa tersebut. Isu2 telah dibangkit berulang kali sebelum pilihanraya diadakan untuk mendapatkan sokongan rakyat tetapi berkecenderungan dilupakan selepasnya.Bersama ini dilampirkan dua salinan rencana yang dipaparkan di Nanyang Siang Pau pada 1989 yang menonjolkan bantahan saya agar Kolej TAR dan MARA tidak dinaiktaraf ke kedudukan universiti beserta dengan sebab2 yang sahih, bagaimana sistem pendidikan kita dilaksanakan dan asal-usul Kolej TAR dan MARA dimulakan. Walaupun berpanjang lebar bercakap tentang banyak keburukan menaiktaraf ke kedudukan universiti, wahal agenda politik diutamakan, tidak lama selepas itu dan sejurus sebelum pilihanraja diumumkan, bekas perdana menteri pada masa itu telah mengikrar INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) telah dinaiktaraf ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM sebagai ganti UTM, pada sangkaan saya, singkatan ini telah diambil oleh Universiti Teknologi Malaysia pada masa itu ).  Kebanyakan pelajar TARC adalah "hasil sampingan" dan mangsa di mana mereka "tiada berkeistimewaan" untuk memasuki  universiti tempatan kerana sistem "quota" yang berlandaskan perkauman dan sanggup mengadaikan kualiti pendidikan. Mereka merupakan katagori manusia yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan "ditendang keluar" dari universiti tempatan walaupun keputusan peperiksaannya jauh lebih baik daripada kaum lain. Bagi Cina yang lebih pintar daripada masyarakat pintar yang "bernasib baik" kebanyakan dimasukan ke matapelajaran sains dan sastera tulin atau fakulti yang tidak popular. Akibatnya, kita telah menghasilkan kebanyakan graduan2 yang tidak berkeupayan dipasarkan, berfikiran perkauman, tidak yakin diri, menganggur, akhirnya bekerja dalam sektor kerajaan.  Lantaran itu, kita begitu "bangga" di atas senarai  antara negara yang mempunyai nisbah yang paling tinggi di dunia dari segi bilangan kakitangan awam berbanding dengan populasi negara.

Tuesday, February 22, 2011

CARTOON IN INTERNET: WAY TO CURE BLACK SPOT


There is former politicus who wanted to cure his black spot on his body before he has to report in afterlife. He asked around should there be any treatment, eventually found someone talented to give brilliant idea. True enough, that way really effective, black spot was disappeared but he has to pay for the price.....

Ada bekas politikus teringin sangat bintik hitam di atas badannya dapat diubati sebelum dia dilapurkan di akhirat. Lalu dia pun menanya merata-rata sekira ada sebarang perubatannya, akhir sekali ada seorang cerdikiawan memberi ikhthiar yang pintar. Cukup benar, caranya sungguh mujarab, bintik hitamnya telah hilang tetapi dia menerima padahnya....

Wednesday, February 9, 2011

CARTOON IN INTERNET :HIGH TUNED POLITICAL

 Resently,the head of the party which is representing Chinese etnic ardently expressed in frequent term thier intention to practice political will more loudly without fear whereby it could deliver the wishes of the Chinese community and discard the arrogant attitude of the party which is leading BN. Supposingly, thier head who cann't read Chinese langguage did not read my comment that has been published in Nanyang Siang Pau just after MCA election. It is my wish that his counterpart in the party could translate the content of the article to him for the sake of the party in order they will not proud of with this political concept anymore. What was happen to thier former head of the party who is advocated speak out without fear? Strangely, whoever does not obtain the blessing from the party which is leading BN always has short life span. What's more the head whom can not read Chinese language would be able to know the wishes of Chinese community in depth. Furthermore, he has black spot which can be threaten by other party in BN. Just like Chinese proverb says: " As Buddha who made of mud sails across a river --- Cann't take care of himself". Hence, it is doubtful that he can take care of Chinese community. Worse still, thier power in the party has been declined since then in term of  minister position in the ministery cabinet, ratio of the minister position decreased and important minister position such as financial and commercial minister etc changed hand.  Deputy minister position held by them was subdivided into deputy 1 and 2 which can be subsitituted each other. Could you believe that the party which cann't fight for thier own right can fight the right for other? Think it over, why we have been independent for more than 50 years still facing with the problem of unity among racial? Will it be something to do with the policy of divide and role, be it purposely or otherwise? Just like a baby who grown up suddenly, wake up drastically to practice ONE MALAYSIA. Those who are so arrogant to show off thier knife as if to threnten other racial suddenly became so humble and polite. Wasn't it the people's power and by-product after the recent 308 general election? Other country who has been governing by only one party for decades became too powerful and corruption happen so frequently until  became so arrogant and tend to forget the interest of thier people end up with the rebellion should be the lesson to all of us. In short, legendary story such as Sinderela with happy ending could only be found in the children story book. If not the power of the people, who else?

Baru-baru ini, ketua parti yang mewakili kaum Cina sering berkobar-kobar meluahkan hasratnya mengamalkan politik yang berani dan lantang bersuara agar dapat menyampaikan kehendak masyarakat Cina dan menyekat sikap yang sombong dan angkuh parti yang menerajui BN. Agaknya, ketuanya yang tidak dapat membaca Bahasa Cina tersebut tidak membaca ulasan saya yang dipaparkan di Nanyang Siang Pau sejurus selepas pilihan MCA diadakan. Harapan saya agar rakan seperjuangannya dapat menterjemah isikandungannya kepada beliau demi kebaikan parti supaya tidak lagi bermegah-megah dengan konsep politik tersebut. Apa akibat bekas ketua yang melancarkan keberaniannya bersuara sebelum ini? Anihnya, sesiapa yang tidak dapat restu daripada parti yang menerajui BN senantiasa pendek usianya. Apatah lagi ketua yang tidak dapat membaca Bahasa Cina dapat mengetahui kehendak masyarakat Cina dengan lebih mendalam. Tambahan lagi, beliau mempunyai bintik hitam yang boleh dijadikan ugutan parti lain dalam BN. Seperti bak kata perpatah Cina yang berbunyi : "Bagaikan Buddha yang diperbuat daripada tanah menyeberangi sungai---Tidak dapat menjaga diri"; maka, adalah menjadi keraguan bahawa beliau dapat membela nasib masyarakat Cina. Malah kuasanya dalam BN telah meruncing sekiranya diimbas kembali dengan jawatan menterinya di dalam jemaah menteri yang dipegangnya dalam parti, nisbah menterinya semakin berkurangan dan menteri yang berperanan penting seperti Menteri kewangan dan perdagangan dsb dijatuh ke tangan orang lain, timbalan menterinya yang dijawatnya pula dipecah bahagi kepada timabalan 1 dan 2 yang dapat saling diganti, percayakah anda parti yang tidak dapat membela nasibnya sendiri dapat membela nasib masyarakatnya? Fikir-fikirkanlah, mengapa selama lebih daripada 50 tahun kita merdeka, masih kita berhadapan dengan masalah perpaduan antara kaum? Adalah ia bersangkut paut dengan dasar pecah dan perintah, mahupun sengaja ataupun tidak? Bagaikan bayi yang membesar  dengan tiba-tiba, sedar secara mendadak mengamalkan konsep SATU MALAYSIA. Mereka yang begitu sombong dan angkuh menonjolkan kerisnya bagaikan mengugut kaum lain tiba-tiba menjadi begitu sopan dan segan pilu. Bukankah semua ini adalah kuasa rakyat dan hasil sampingan pilihanraya  308 baru-baru ini. Negara lain yang diterajui oleh satu parti sahaja berdekad-dekad lamanya terlalu berkuasa dan kerap berlaku rasuah sehingga menjadi begitu angkuh lalu melupakan kepentigan rakyatnya akhirnya berlaku pemberontakan seharusnya dijadikan iktibar kita bersama. Pendek kata, cerita donggeng seperti Sinderela akhirnya mendapat kebahagiaannya hanya dapat dikecapi dalam buku cerita kanak-kanak. Kalau bukan kuasa rakyat, siapa lagi?



Thursday, January 20, 2011

CARTOON REVIEW: REAL DEMOCRACY?


This cartoon was published in Public News on 22/09/86. It has long been practiced the so called "real democracy" by long serviced government in Malaysia whereby the majority votes that counts,  in viewing of minority non Malay has been placed in the Ministry Cabinet.

Kartun ini dipaparkan di Berita Harian pada 22/09/86. Telah lama diamalkan apa yang disebutkan " demokrasi sebenar" oleh kerajaan yang lama menerajui di Malaysia di mana undi majoriti diambil kira, memandangkan segelintir bukan Melayu sahaja dipertempatkan di dalam Jemaah Menteri

Sunday, January 16, 2011

CARTOON REVIEW : DUCK TO TEACH CHIKHEN




These cartoons were published in Public News on 15/7/87, 19/8/87 and 26/10/87 respectively depicted issue which has been hot debated concerning Malay language teachers who are not fluent in Chinese teaches in Chinese primary school is not a new issue, it had happened decades long which has no solution as if monthly women sickness but happen once in a year. First cartoon shows that Faculty Chinese Study of University Malaya was introduced to teach in Malay language, second cartoon shows that teaching Geography and Human subject in Chinese Primary School in Malay language and third cartoon shows that appointment of those are not fluent in Chinese language as high position officer in Chinese Primary school, funny but it is true! It also showed that incapable of component party which is representing Chinese ethnic or arrogant of the party which is leading the government implementing illogical policy.  

Kartun-kartun ini dipaparkan di Berita Awam pada 15/7/87, 19/8/87 dan 26/10/87 masing-masing menunjukkan isu yang hangat diperdebatkan baru-baru ini  berkenaan dengan guru BM yang tidak fasih Bahasa Cina mengajar di SRJK bukan lagi perkara baru, ia telah berlaku berdekad-dekad lamanya yang tiada penyelesaian seperti sakit puan bulanan tetapi berlaku setiap tahun. Kartun pertama menonjolkan Fakulti Tiong Hua Universiti Malaya yang diperkenalkan mengajar Pengajian Tiong Hua dalam Bahasa Melayu, kartun kedua menonjolkan pengajaran matapelajaran Alam dan Manusia di SRJK Cina dalam Bahasa Melayu dan kartun ketiga menonjolkan perlantikan pegawai yang tidak fasih Bahasa Cina dalam jawatan tinggi SRJK Cina, pelik tetapi benar! Ini juga menonjolkan samada ketidakupayaan komponen parti yang mewakili kaum Cina atau keangkuhan parti yang menerajui kerajaan melaksanakan polisi yang tidak munasabah!

Saturday, January 8, 2011

CARTOON REVIEW : Turn it to racial issue


This cartoon was published in Public News on 21/09/87 depicted how the politicus turn public interests issue to become racial issue to make it so sensitive and vulnerable to discuss openly, otherwise you will be labelled as "racial extremist", failing which, to the extend you could be charged under ISA which means jailed without prior fair judgement. This is the common tactic used by politicus just to cover up thier wrong-doing, such as what was happen in the cases such as Bank Bumiputra scandal, Chinese coorporation conspiracy, New Economy Policy etc.

Kartun ini dipaparkan di Berita Awam pada 21/09/87 menonjolkan bagaimana politikus memutar isu yang berkepentingan awam  menjadi isu perkauman sehingga ia menjadi begitu sensitif dan sukar dibincangkan secara terbuka, kalau tidak kamu akan ditandakan sebagai "pelampau kaum", kegagalan berlaku sedemikian, pada tahap kebarangkalian kamu akan didakwa di bawah ISA di mana ia bermaksud dipenjarakan  tanpa penghakiman terlebih dahulu. Ini adalah taktik yang kerap digunapakai oleh politikus sekadar memperlindungi salah laku mereka, sepertimana apa yang berlaku dalam kes-kes seumpama skandal Bank Bumiputr, komplot koperasi Cina, Dasar Ekonomi Baru dsbnya

Chinese version is self-explanatory.

Sunday, January 2, 2011

CARTOOM IN INTERNET: CRYSTAL BALL KNOW IT ALL


There was someone asked: " When is the General Election going to be held?". Someone replied : " I am not crystal ball, how do I know?" Hence, someone go and asked crystall ball, crystal ball replied, " You are favoured number 11, whenever there is number 11, such as day 11, month 11 or year 11, is good for you to hold the general election."

Ada seseorang bertanya: "Bila Pilihanraya Umum akan diadakan?" Seseorang menjawab: " Saya bukan bola kristal, bagaimana saya tahu?" Maka, seseorang itu pergi menanya bola kristal, bola kristal menjawab, " Kamu lebih cenderung kepada nombor 11, bila sahaja ada nombor 11, seperti hari 11, bulan11, tahun 11, adalah tarikh yang baik untuk kau mengadakan pilihanraya umum."

Chinese version is self-explanatory.